Want your
own Fotopage?








 
wan norhasila's FotoPage

By: wan norhasila wan hasan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Apr-2009 02:16 Email | Share | | Bookmark
POSPEK 2009-PELAJAR DDW UTMKL

 
 
 
 
 
 
Program ni dah lama berlangsung, 13-15 Mac 2009.

Rombongan pelajar2 ahun akhir seramai 68 orang telah berkunjung ke Melaka. Antara tempat yang kami lawati adalah Melaka Tropical Farm Fruit (MTFF), Jonker Walk, 2 tempat IKS di Bukit Katil (mendedahkan pelajar kepada keusahawanan), Pusat Penetasan Penyu (Pengkalan Balak), Tempat2 bersejarah di bandaraya Melaka, A Famosa, etc.

kenangan ke melaka adalah kenangan manis sy dgn rakan2..trime kasih sbb ajar kami Tue 9-Jun-2009 00:59
Posted by:atifah nadzirah-3ddw(32)
Add comment


Thursday, 5-Mar-2009 03:39 Email | Share | | Bookmark
Aksi

berposing kat kedai org
di nilai 3
 
puzzle abg long
puzzle adik
puzzle ibu!
View all 10 photos...

Add comment


Friday, 20-Feb-2009 02:23 Email | Share | | Bookmark
Hadiah

Senaskhah Al Quran
kitab suci mulia
dikirim bersama duit raya haji
Dihadiahkan pada tahun 1993. Kini telah berusia 16 tahun.

Masih elok diguna hingga kini. Semoga tuan pemberi hadiah ini mendapat banyak pahala dan keberkatan di dunia dan akhirat. Amiin.

Add comment


Friday, 30-Jan-2009 04:55 Email | Share | | Bookmark
Mengintai "Semalu"

Terbongkok2..
cari apa tu dik?
"Adik cari "malu"..mana ni ibu?
View all 17 photos...
Sesekali melepaskan budak berdua ni ke luar rumah seronok jugak.

Aktiviti menghendap "semalu" ni dilakukan di luar opis aku..hehehe..
Kelakar melihat gelagat Luqman and Luthfil yang teruja dengan "semalu" ni..diorg heran kenapa daun semalu menjadi "malu" apabila dicucuk dengan ranting pokok .Jenuh jugak la dok mencari pokok semalu di sekitar blok A3 tu sampaikan penuh kemuncup kat seluar Luthfil..dia main redah je jalan berbanding abangnya yang lebih berhati2 takut kena kemuncup.









Add comment


Friday, 30-Jan-2009 02:13 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti di Pulau Pinang

Luthfil n faveret yogurt!
Luqman with ibu tgh tunggu kuew teaw
With my beloved sis, Cik Yah! Amacam? Samer tak?
View all 12 photos...
Gambar cuti-cuti di Pulau Pinang pada awal tahun baru ni dah lama terperap..malas nak upload! Nak kata banyak keje tu takde la jugak..ntah le..bila angin malas datang tu, takleh nak buat apa.










Add comment


Saturday, 17-Jan-2009 04:42 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 cari makan di KL

Masjid As-syakirin,KLCC
Restoren Arab,KL
 
Gambar ni dah lama terperap, cuma takde masa nak upload.

Masa ni tinggal kami berdua saja di rumah. Aku dalam proses menyiapkan penulisan master. Anak-anak kat kampung..so, boring2 kat rumah, kami keluar dating ke KL. hehehe..sekali sekala berdua-duaan.

Add comment


Saturday, 22-Nov-2008 23:12 Email | Share | | Bookmark
Siti Qumanura and Baby Qais..raya 2008

Luqman, ibu and Siti
Luqman, Luthfil, Ibu and Siti
 
View all 4 photos...
Raya tahun 2008, kami balik ke Besut. On the way balik ke Klang, kami singgah ke rumah Siti Qumanura kat Dungun, dia ni ex student merangkap adik angkat yang dah grad tahun 2006. Dia dah kahwin dan dah ada sorang baby boy. Last skali aku jumpa dia masa cuti sekolah tahun 2006, kalau tak silap bulan Jun. So, dah agak lama jugak tak jumpa.

Rindunya waktu dulu-dulu. Sekarang aku dah agak susah nak jumpa student yang sebaik dia. Kini dia dah ada keluarga sendiri. Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.



SEDAPNYER NAMA BABY YOU... Sun 23-Nov-2008 06:59
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
thanks Zai Mon 1-Dec-2008 02:35
Posted by:WSWH
Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 08:09 Email | Share | | Bookmark
Bila berjauhan..

aman wif ibu
 
Abang Long yang pendiam tapi berisi
View all 6 photos...
Sempena cuti sekolah, Luqman mengikut sepupunya balik ke Bandar Saujana. Tadi akak call bagitau, dia ada bertanyakan ingat kat ibu tak? Dia yang memang jenis tak banyak cakap, terus mengangguk, mata dah nampak merah..cepat2 Luqman pandang ke arah lain. Huhuhu..baru tau.

Si Luthfil pulak bila ditanya mana abang Long, memanjang je cakap abang long pegi sekolah..nampak le dia kesunyian jugak. Takde kawan main otromen..takde kawan gaduh...tapi dengar melalak jugak kadang-kadang gaduh ngan ayahnya berebut remote astro. Huh!

Tadi hubby dah call bagitau nak pegi amik Luqman kat umah kakak. Aku agak, hubby pun teringat jugak kat anak kesayangan dia tu..aku terasa jugak sunyi, tapi tak sempat nak fikir sebab banyak keja nak buat.

Hari ni nak masak asam pedas ikan, favourite Luqman..mau ada yang tangkap leleh ingatkan anak.


Add comment


Sunday, 9-Nov-2008 15:09 Email | Share | | Bookmark
Luqman's Day

Luthfil Hadi..on the way nak ke Allson Klana
Luqman and friend
ahli bomba yang nak pergi berjuang
View all 11 photos...
Kami menghadiri Hari Kecemerlangan TADIKA CAHAYA NURANI (TCN) yang diadakan di Allson Klana, BBN pada 9 Nov, 2008 (Ahad 9am)

Luqman telah mendapat Anugerah Emas kerana berjaya mendapat fullmark bagi ke empat2 kertas peperiksaan (BM, BI, Math & Sains). Kami pun tak tau bila dia amik exam. Tiap kali balik sekolah, aku dok tanya bila dia nak exam, mana nak paham budak2. Cikgu pulak takde dikabonyer bila nak exam, tambah pulak aku dgn hubby mmg agak bizi lately...hubby dengan proposal PhDnya, aku dengan final semester project paper and final exam. So, nasib baik la dia boleh jawab. Kalau tahu pun aku tak tahu la nak suruh dia study apa..asyik tengok kartun je memanjang budak tu.

Anyway, hari tu jugak aku tgk dia buat persembahan. Nampak comel je dengan pakaian bomba, tapi nyanyi lagu patriotik habis mcm nak g perang.."ini lah barisan kita, yang ikhlas berjuang.."patut la kat umah dok nyanyi lagu tu jer..sampai adik dia pun ikut sama nyanyi, puas nyanyi main lawan2 otromen pulak..dah puas main, ada la yg akan melalak! Biasanya si kecik tu la yg kena balun ngan abangnya..hmmm...hero la katakan.

Apapun, Luqman membanggakan ibu dan ayah hari ni.

So, kami celebrate beli sebiji kek utk dia..ibu belanja!






jom shopping baju tuk anak2
http://adekmanja2.fotopages.com
Tue 11-Nov-2008 03:18
Posted by:mamidanial
>> cute kid... Tue 11-Nov-2008 16:37
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Thursday, 7-Feb-2008 09:53 Email | Share | | Bookmark
Fire and Ice

Some say the world will end in fire
Some say ice
From what I've tasted of desired
I hold with those who favor fire
But if it had to perish twice
I think I know enough of hate
To say that for destruction ice
Is also great
And would suffice...

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com